target="_blank">

MAMA


Dear diary,


Dulu masa zaman sekolah, kawan-kawan dekat asrama semua ada mp3. Waktu tu rasa noob nya diri tak ada. Godek mp3 lama tapi al maklumlah barang lepas usah dikenang orang kata. Arwah sudah mp3 lamaku. Merengek cakap dekat Mama konon tak boleh study lah tak ada mp3 cepat mengantuk. Padahal sebelum masuk asrama boleh je study tak dengar lagu tuih. Tak lama lepas tu dapat satu. Sengih kemain lebar kau.





Waktu nak dekat SPM konon semangat nak study lepas lights off tapi payah study guna lampu koridor. Acah-acah minta lampu belajar daripada Mama biar senang study dalam dorm. Ni semua gara-gara tergoda dengan lampu belajar Yana dormmate ku dulu yang bawa lampu study comel. Ushar dekat kedai harga nak dekat 80 ringgit so ingat nak cancel. Redho je lah guna lampu koridor. Tetiba Mama kata tak apalah Mama beli jugak. Peh Mama beli lampu belajar yang siap boleh touch je untuk adjust brightness fuyyo rasa hebat habis ah kan waktu tu. Kesian jugak aku dulu ha ha.


Lepas tu minta laptop alasan nak buat assignment. Mama bagi. Then minta wi-fi sendiri. Mama beli. Cerita dekat Mama macam mana saya berjimat duit belanja makan tengahari ambik nasi dengan sayur sebab nak shopping (hihi aku gadis biasaaaaaa) tapi lepas tu kena marah. Ingatkan marah sebab nak guna duit untuk shopping. Rupanya marah sebab catu makanan macam tu. The next month terus Mama naikkan duit belanja. K. Potassium.


Kadang-kadang pernah saya menangis teresak sorang diri tengah-tengah malam sebelum tidur. Housemate dengar pun takut woi pompuan mana merengek tetengah malam buta. Hehehe. Sebab ? Sebab saya takut bangun pagi esok dapat berita Mama dah tak ada.





Saya antara manusia yang paling tak tahu bersyukur. Almost everything yang saya perlukan Mama bagi tapi dosa dengan Mama tak pernah stop. Mama suruh buang taik si Tom and J.Lo pun rasa malas. Tom ni pun satu dah tahu badan tu dah besar panjang berak lah elok-elok ni kaki dalam bekas tapi punggung dekat luar =..= Memang ah jatuh tahi pujaanmu atas lantai. Anak Mama yang sorang ni ya Allah banyaknya dosa tapi Mama tak pernah stop doa untuk kita. And sungguh saya cakap the reason I think I'm here right now is because of her prayers. Doa Mama yang membawa saya ke sini. Progress Test hari tu banyak sangat tak cover tapi boleh lulus. Memang semuanya rezeki, tapi berkat doa Mama lah saya dapat jawab dengan tenang.


Berjasalah kepada ibumu, selagi masih berkesempatan. Doa ibu bapa jangan pernah tinggal lepas solat. I could do almost every possible thing in the world for Mama but they would never be enough to repay her. Ya Allah pinjamkanlah Mama lebih lama lagi untukku. Biar at least saya boleh cuba untuk balas jasa Mama. She's my pillar of strength, the light during my dark days, the booster whenever I'm exhausted and down on my knees, my everything. Besides Allah, she's the main reason why I'm here today.


Thank you Allah. Thank you Mama. I'll work hard in this life, so that I can spend my other life, eternally with you someday, in Jannah.






Saturday, November 1, 2014 @ 10:40 PM /

TODAY I DON'T FEEL LIKE DOING ANYTHING

Dear diary,


Kadang-kadang rasa kecewa sangat dengan diri sampai nak tumbuk debush kau ha puas. Bukan apa, saya hanyalah manusia biasa yang mempunyai rasa malas wuwuu. Saya benci penyakit malas. Malas itu daripada syaitan durjana !!!!!!!!! Harus banyak exclamation mark untuk menujukkan kedurjanaan syaiton itu. Orang malas selalu rugi. Rugi masa. Malu woi perempuan malas (walaupun saya tak bersetuju dengan benda ni apadehal perempuan je ke tak boleh malas hmmm ?!).






Saya tak suka tengok benda bersepah. Tak suka tengok bilik berhabuk. Tak suka tengok bilik air tak licin sekilat daia sensasi lemon sensasi oren (lama tak ada iklan ni !). Tapi mashaAllah harom semua nak selesai bila malas tu datang. Sanggup upah adik 5 ringgit bersihkan kertas-kertas bersepah dalam bilik walau kurasa tidak berbaloi itu harga sobsob tapi itu last price dia. Budak Nikmak ni mintak RM10 memula woi melampau sangat bersihkan kertas 10 hinggit baik minta bangla jual roti canai dekat klinik guwa lagi murah.


But then sudden epiphany struck me. Oh my melampau sangat. Teringat ni : 





Rasa malas itu akan sentiasa ada kalau kita tak lawan. AYUH PERANGI PERASAAN MALAS ! (Caps lock untuk semarakkan semangat membara dalam jiwa) Selepas beristighfar, tetapkan dalam diri, apa yang kita nak capai. Hari ni aku nak kemas kertas-kertas untuk menjimatkan duit RM10 boleh beli shawl okay ! Hari ni nak bersihkan toilet biar boleh mandi dan melakukan 'bisnes' dengan tenang ! Apabila kita tetapkan apa yang kita nak capai, diri kita akan lebih bermotivasi untuk laksanakannya. Lagi best, reward diri lepas dah capai apa yang kita nak. Contoh lepas penat tertonggeng cuci toilet boleh pergi spa manjakan diri. Hamboi kemain ngko baru bersih toilet dah pergi spa.


Segala perangai dan sikap kita bermula daripada pemikiran kita ya anak-anak. Ingat tak lagu, "Engkaulah, apa kau fikirkan ! Terkandung dalam pemikiran ! Kau fikir boleh melakukan, ENGKAU BOLEH !" I know you just sang that :p Jika perasaan malas yang berkuasa dalam diri, mana mungkin kejayaan dunia akhirat kita kecapi. Jangan anggap malas bersihkan bilik kotor takda kaitan dengan akhirat okay. Lupakah anda kebersihan itu sebahagian daripada iman ?


Nak nak ni dah nak sambung belajar. Haruslah berusaha membunuh perasaan malas. Tuhan baru hantar ujian kecik melalui rasa malas, kita dah fail ke ? Ungkapan famous yang berada pada dinding hampir setiap pelajar,





Allah ciptakan kita untuk berusaha ! Mari sama-sama kita usaha lawan perasaan malas meh. Malas itu membunuh segala benda dan memusnahkan masa depan lol. Semoga kita semua diredhaiNya :)


Monday, August 18, 2014 @ 1:11 AM /

I'M GONNA FLY LIKE A BIRD THROUGH THE NIGHT

Dear diary,


Like seriously after UPU results came out, boleh nampak betul-betul "Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan." Lulz dia ni dah berbulan tak menaip dekat sini tiba-tiba dah result UPU apa kah. Alhamdulillah I got what I want walaupun dah hampir putus harapan hari tu :'D


Dan saya tahu ramai juga tak dapat course/universiti yang diidamkan. Ya Allah kecewanya. I know how it feels. Orang memang boleh cakap, in shaa Allah ini yang terbaik untuk kau. Mungkin ada hikmah semua ni. Rezeki kau dekat situ. Yes kita memang boleh bagitahu semua tu dekat diri kita but I know, deep down and honestly kita tetap rasa kecewa kan ? Tipu ah bro tak kecewa tak kira kental macam besi badan ketak ke lu ni.






Kita manusia. Kecewa tu memang tak dapat elak. Tapi sesungguhnya orang yang bahagia ialah orang yang bersyukur walaupun sedikit :') Kalau nak menangis, nangis puas-puas dekat Dia. Minta Dia beri kekuatan. Cuba sungguh-sungguh untuk pujuk hati kita. Payah memang payah. Berbulan-bulan saya cuba pujuk hati saya dengan result final sebab tak dapat macam yang diidamkan. Tapi kita mesti ikhlas berdoa. Doa sungguh-sungguh. Biar Dia redakan kesulitan.






Awak, awak dan awak yang tengah kecewa, saya doakan Dia pinjamkan kekuatanNya. Dia sentiasa tahu apa yang terbaik untuk awak. I wish you all the best and good luck ! Moga Allah bersama kita semua dalam perjuangan ini in shaa Allah. Kalau hati ni rasa berat lagi, jom mengadu dekat Dia :)





p/s If you're having a hard time now, dinasihatkan untuk tak buka twitter/facebook tengok kawan-kawan post semua. Kesiankanlah hati kita :)


Thursday, August 14, 2014 @ 12:55 AM /

YOU'RE NOT THE GIRL I USED TO KNOW


I don't usually do this. And it's awkward too. Heh. It's been a while since I was actually involved in this kind of thing. And trust me it isn't because of their looks.


Like anyone's gonna believe that.



I'm officially secretly and hopelessly your fan :(


By the way, HI ! I've finished my foundation studies in UM fyi. Sekarang ronggeng. *sings NOBODY DOES IT LIKE JUUUUULIET*

Hiks.

Bye.

Friday, May 9, 2014 @ 5:00 AM /


«Older posts





Pssst, have you performed your solah ?